Sunday, November 19, 2017

Hotel Review : Alpine D'Bayu Residence

Salam. Hai!

Okay, haritu dah review pasal penginapan di Kota Kinabalu kan, now aku nak review pasal penginapan di Kundasang pula. Erm, dalam dua bulan sebelum ke KK aku dah survey hotel di Kundasang tapi semua pun macam mahal dan lari dari bajet aku. Kebetulan pula time tu ada few friends aku yang memang baru balik dari sana, cepat-cepat aku tanya which hotel yang mereka stay dekat sana. 


Our Cabin Cinnamon. Credit to FB Alphine D'Bayu Residence


One of my friend suggest Kiram's Village and another friend suggest Alphine D'Bayu Residence. Sebenarnya, both chalet pun sebelah menyebelah je. So, aku terus buat research pasal both chalet. Baca review, tengok gambar, kira bajet bagai dan discuss dengan family members then, aku decide untuk go for Alphine D'Bayu Residence. 




Once decide terus whatsapp owner dia dan dia suggest untuk ambil Cabin 2 Bedrooms dengan harga RM500 untuk dua malam. If nak extra tilam dia akan charge RM25 dan iron pula dia charge RM5. Sekali charge je not per night pun. Kebetulan kami sampai tu macam agak lewat, tapi jangan risau memang dia letak phone number dekat receptionist tu. Just call then akan ada orang entertain korang.


Salah satu bilik. Ini bilik yang di atas. Credit to FB Alphine D'Bayu juga


Our cabin nama Cinnamon. Dapat je kunci, masuk tengok semua elok je. Cabin bersih, toilet bersih. Oh ya, toilet ada satu je. So, pandai-pandai la decide siapa mandi dulu. Heh. tingkat atas ada balcony. Keluar balcony boleh nampak direct Gunung Kinabalu. Heavennya. Cabin dia tiada aircond, tiada kipas. Kundasang dah memang tersangat sejuk, tak perlukan semua tu pun. 




View jam 6.30 pagi di tanah lapang sebelah chalet.


So far, aku sangat berpuas hati la dari segi kebersihan, layanan, susun atur semua memang terbaik. Kesimpulannya, if ada sesiapa yang nak ke Kundasang tu boleh la masukkan this place sebagai salah satu tempat penginapan korang. Dekat bawah ni aku letak link facebook untuk korang tengok gambar serta tahu maklumat lebih lanjut.



FB


Or 




No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.