Sunday, January 1, 2017

Resepi : Kek Pisang Lembut


 



Happy New Year. Entri pertama di tahun baru. So disebabkan balik kampung dan banyak sangat pisang yang dah terlalu masak so marilah kita buat apa yang patut. Cekodok dah buat semalam, harini kita olah jadi Kek Pisang la pula. Seriously, tak pernah buat pun tapi sebab tengok orang asyik post dekat timeline facebook tu macam simple je dan kebetulan semua barang ada, so marilah kita membaking. Benda pertama haruslah mengoogle resepi. Thanks to pakcik google. Banyak yang keluar tapi aku decide untuk cuba resepi dari Kak Azlita kita tu.


Resepi
  • 4 biji telur gred A
  • 8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris nipis untuk hiasan
  • 1 cawan gula kastor atau gula halus *aku guna brown sugar*
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan buttercairkan atau minyak jagung *aku guna minyak jagung*
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
  • sedikit garam

Cara-cara
  • Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C. Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek ke dalamnya
  • Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan.
  • Pisang di lecek lumat. Tinggal baki 1 biji untuk hiasan
  • Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan
  • Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang hingga kembang
  • Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata
  • Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan telur dan kaup balik rata.
  • Kemudian masukkan tepung dan kaup balik adunan sempurna.
  • Sediakan loyang ukuran 9 inc, alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan loyang dengan sedikit butter.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang
  • Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris nipis
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
  • Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering makanya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.




 
Sorrylah, gambar tak kebaboom 😅



First time tu macam kureng sikit texture kek tu sebab macam masak sekejap sangat. So untuk yang second kek aku masak lama sikit dan kek itu jadi dengan sempurnanya. Petang tu orang datang rumah, jamu sikit sekali dengan cekodok then my mom agih agihkan ke jiran area rumah ni. 

So guys, simple je kan. Kalau takde pisang belakang rumah bolehlah pergi beli dekat pasar. Mudah sangat cara penyediaan dia. Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.