Wednesday, January 27, 2016

Travelogue : Bandung Part II

Before Bandung Part I


06/01/2016 – Rabu

Jom sambung pengembaraan di Bandung untuk hari kedua pula. Disebabkan dekat sana pukul 5 lebih pun dah nak cerah so memang senang nak bangun la. Pukul 7 tu dah mencanak matahari naik. Huh. So harini akan pergi ke Kawah Putih. Janji dengan Yudha pukul 8.15 pagi tapi biasalah bila travel dengan tiga jejaka. Kalau tak lambat tu tak sah. Silap juga gerak diorang lambat. Tunggu selesai breakfast semua around 9 pagi baru gerak ke Kawah Putih. Sekerat jalan teringat tertinggal mask dekat guesthouse. Sia sia bawa mask dari Malaysia sikit punya banyak sekali tertinggal*pffttt*.








Kawah Putih
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jalan macam nak naik Cameron guna laluan Tapah. Entrance masuk semua nanti aku letak hujung entri okay. Sampai sana ada orang jual mask tapi aku tak bagi diorang beli. Aku suruh tahan jela bau sulphur tu. Turun je ke kawasan Kawah tu tak kuat mana pun baunya. Asap je lebih baunya tiada sangat pun. Boleh je melepak lama dekat sana. Kitorang stay sana sampailah pukul 1 petang. Settle bergambar, turun bawah and Yudha belanja kitorang minum Jus Strawberry. Sedap!





















Lunch – Saung Andir

Turun tu supir singgah Restoran Saung Andir untuk lunch. Disini sikit salah faham terjadi. Yela, first time dating Bandung dan tak tahu system diorang makan macam mana. Sikit punya syok order, sekali datang makanan ambek kau, banyak gila. Jenuh nak habiskan. So, ini adalah pengajaran buat kami. Makanan dia masih lagi boleh diterima tekak kami semua. Oh menu kitorang haritu untuk lunch adalah Ayam Brengsek*pedas*, Ayam Masak Mentega*macam ayam madu*, Tauhu Goreng, Telur Dadar dan Air Suam*jaga kesihatan ;p*. Semua sudah kenyang bolehlah bergerak pulang ke Bandar.






Rumah Kain

Inilah paling heaven. Pilih kain macam tiada hari esok. Punya banyak kain pasang yang murah murah. Rasa macam nak borong semua sekali. Asalnya terlupa ada masukkan dalam itinerary tapi bila Yudha park kereta dekat kawasan rumah aku dah pelik. Then baru dia cakap sinilah tempat jual kain yang boleh dapat RM35/sepasang. Kahkah. Aku apa lagi turun dan pilihlah. Dapatlah rembat 5 pasang. Pastu menangis tengok duit makin sikit.









Cibaduyut

Sampai sini pun dah nak dekat maghrib. Yela, 2 jam pula kan perjalanan balik. Dekat sini aku tak beli apa-apa cuma Atie adalah beli Jacket dua helai. Then bergerak pergi deret deret kedai dekat luar tu and Subra rembat Beg Silang untuk koleksi dia. Tak teringat nak ambil gambar time nie sebab busy menawar. Lagipun time nak cepat sebab nak ke Toko 3 seba kedai tu tutup kul 8 malam.



Toko3

Sampai sini dah pukul 7 lebih. Tujuan dating sini nak cari tshirt superhero. Tapi terborong tshirt lain sama. Hiks. Sempat juga aku grab 3 helai baju superhero dekat anak buah aku kat rumah tu. Malas nak tengok diorang bergaduh aku belikan je semua sama pattern, sama warna. Selesai. Lama sangat shopping dekat sini sampai orang tutup kedai la. Kahkah. 



Dinner - The Stone Café

Dinner pula kitorang decide nak pergi ke The Stone Café. Restoran tu memang ada dalam list itinerary aku, so kitorang bincang dengan Yudha and dia kata okay proceed. Café nie dekat atas bukit sikit. Sejuk woi. Sampai sana Yudha suruh sebut nama meja dan waiter tu terus bawa kitorang ke meja tu. Duduk bersila okay. Lunch tadi pun makan bersila juga. Cuma kali ni siap bantal dia bagi. Memang sandar baik punya la. Duduk dekat dengan tingkap pula. Awesome gila view. Dahla ada live band.

Dekat sini jumpa satu family ni dari Malaysia juga. Diorang pun datang semalam tapi petang. Diorang cerita lama gila diorang kene tunggu sebelum dapat touch down since semalam hujan lebat sangat so kapal tak boleh nak landing. Diorang kata kalau lambat sikit alamatnya diorang kene pergi mendarat dekat Jakarta. Fuh, mujurlah kitorang flight pagi takde masalah cuma delay sejam je itupun sebab cuaca juga. Dahlah yang follow ni ada dua orang yang baru first time naik flight. Gerun hoi.

Sini aku share makanan dengan Atie je. Aku adalah snap gambar menu tapi banyak sangat. Aku letak mana yang penting sajalah okay. After makan, duduk lepak sekejap bagi perut rileks. Dalam pukul 10 lebih camtu baru gerak. Sebelum tu minta waiter tu tolong ambilkan gambar kitorang berlima :D














Sampai guesthouse siap siap masuk tidur. Penat gila -.-"



Perbelanjaan Hari Kedua :

Kawah Putih  =  IDR 80,000 /  RM25
Lunch Saung Andir  =  IDR 60,000 /  RM19
Rumah Kain  =  IDR 610,000 /  RM193
Toko 3  =  IDR 495,930 /  RM157
Dinner The Stone Cafe  =  IDR 60,000 /  RM19

Total = IDR 1,305,930 /  RM413

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.