Sunday, August 23, 2015

Travelogue : Phi Phi Island

Day 4 ( 19 Jan 2015 )

Aktiviti terakhir dan aktiviti yang paling dinanti. Phi Phi Island. Bahagia sebab pergi pagi so bolehlah nampak kecantikkan pulau pulau dekat sini. Seperti biasa pukul 8.30 pg orang datang pickup. Kali ni kitorang naik bas sebab trip ini memang ramai yang join. Sampai dekat pantai, dengar briefing sikit pastu tampal sticker dan bergerak ke boat masing masing. Naik speedboat okay. So siapa yang mabuk laut ke ape ke silalah makan pil sesiap. 





First destination Maya Bay. Sini dia bagi around 40 minute untuk kita buat apa saja. Semestinya aku berendam la kan. Mana tahan tengok air jernih nampak dasar. Kaki ni gatal je nak cecah air.








Masa kitorang sampai orang still tak ramai tapi by the time nak gerak balik tu gila macam semut pulau tu. Mujurlah kitorang dah nak gerak dari situ. Next destination Viking Cave. Nothing yang menarik pun. Gua je. Kah. Bagi aku la. 

Then terus bergerak ke Phileh Bay. Sini lagoon dia superb gila. Biru yang amat. Sebabkan ia lagoon so no coral bagai la. After that bergerak ke Monkey Bay. Sini dah nama pun monkey, so tengok monkey jela. Tapi tak lama pun. Duduk sekejap then gerak pergi ke next destination untuk snorkeling. 







Then boat berhenti dekat Lohsamah Bay. Sini dia bagi snorkeling. Ombak time nie teruk sikit so kitorang tak berani nak turun. Duduk atas boat bagi ikan makan je. Ada one family nie, kitorang tolong jagakan anak diorang sementara diorang pergi snorkeling. Kihkihkih. Tolong menolong amalan yang mulia. 

Disebabkan air laut dia bergelora macam melampau sikit so majoriti semua naik boat awal. Macam spoil la mood diorang sebab laut bergelora teruk. So dari situ bergerak ke Phi Phi Don untuk lunch. Sini lunch dia buffet dan memang halal sebab kat sini perkampungan islam. Kau jejak je kaki dah nampak sign no alcohol here. So makanan memang selamat dan halal. 

Dari segi makanan not bad juga. Kitorang makan berselera sungguh. Mungkin sebab lapar atau mungkin juga sebab makanan tu memang sedap. Dah habis makan jalan keliling kampung tu kejap. Sini diperuntukkan sejam. So makan cepat adalah masa nak merewang sikit. 





Travel partner aku yang sorang nie memang. Semua tempat kalau boleh dia nak melompat. Heh. Aku pun layankan aje. Perut dah kenyang naik boat dengan angin bagai memang masyuk la. Mata rasa nak pejam je. Last pitstop adalah Bamboo Island. 

Dekat sini lama sikit sebab kitorang dah cut masa dekat snorkeling tadi so sini dia bagi masa lebih sikit. Kat sini pun boleh snorkeling. Tapi snorkeling dari pantai. Ikan pun banyak juga. Tapi jenis ikan yang sama je. 






Semua gambar acah acah pandai berenang. Kuang kuang kuang. So dah puas berjemur cukup sejam lebih so slow slow lah bergerak balik. Dalam boat sementara nak sampai tu boleh la lelapkan mata kejap. Penat hoi main air. Sampai dekat hotel lebih kurang pukul 4.30 petang. 

Mandi bersihkan segala jenis pasir bagai turun balik jalan pergi ke pantai aonang layan sunset. Sebelum tu macam biasalah makanan kena ada. Paling kena cuba dan tak boleh lupa pancake la. Dah macam signature pula. 






Ini yang kitorang beli dekat area pantai. Nak lagi terbaik korang berjalan la sikit pergi beli dekat Yaminlah. Situ pancake dia memang awesome la. Ramai je blogger yang pergi krabi nie recommend tempat tu. 






Untuk dinner malam tu kitorang beli dekat makcik depan hotel je. Ikan keli dengan sotong bakar. Not bad la rasa dia. Bolehlah nak isi perut malam tu. Malam tu memang tidur lena la. Letih punya pasal. 





Esoknya akan kembali ke Malaysia. Huks. 



No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.