Sunday, July 13, 2014

Travelogue : Madinah

The best place in my life. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Siapa sangka boleh sampai ke sini. Tempat yang selama ini hanya dalam fikiran. Berfikir bila Allah nak jemput datang. Sekali, Dia jemput dalam keadaan yang paling istimewa sekali. Jemput aku didalam bulan Februari. Bulan kelahiran aku. Ini hadiah paling bermakna.






Siapa kita nak tentukan takdir dan sekarang takdir membawa aku ke sini. Hanya dengan sekali saja pertanyaan dari mak, terus aku setuju. Bayangkan, without any preparation aku boleh setuju nak datang ke rumah Allah. Gerun, gementar segala macam perasaan ada. Ilmu belum penuh di dada, tapi aku sudah berani terima pelawaan Dia. Dalam hati tak berhenti berdoa supaya segalanya dipermudahkan buat aku sekeluarga.






Ini sangat dirindui. Air zam-zam free flow. Minumlah sebanyak mana yang kau nak. Selama di sana hanya minuman ini yang mengalir dalam badan aku. No mineral water, no drinking water. Just air zam-zam. Masuk masjid minum, keluar masjid minum. Nikmatnya, hanya Allah saja yang tahu.









Ini gambar di perkarangan Masjid Nabawi Madinah. Masjid yang tak pernah sunyi dengan manusia. Setiap masa sentiasa penuh. Pagi, petang hingga ke malam, tak akan pernah kosong. Setiap malam jumaat akan ada mereka mereka yang membawa juadah kerana setiap Khamis orang arab disana akan berpuasa. Kita akan dapat merasa makanan mereka kerana mereka tak lokek untuk memberi makanan kepada orang disebelah.

Aku hanya berkesempatan masuk ke Raudah hanya sekali kerana untuk perempuan ada waktu waktu tertentu saja untuk masuk kesana. Lain pula dengan lelaki, mereka boleh masuk sesuka hati kerana itu adalah kawasan mereka. Di Raudah inilah terletaknya Makan Rasulullah SAW serta dua sahabat karib baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Khalifah Umar al-Khattab r.a. 

Selesai berada di Madinah selama lebih kurang 4 hari, destinasi seterusnya adalah ke Kota Suci Makkah. Jom!

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.