Monday, July 30, 2012

New semester

Dah hampir seminggu lebih berpuasa. Macam mana puasa korang semua? Aku harap berjalan dengan lancar lah ek. Untuk sekian kalinya berpuasa di perantauan. Dah hampir lima tahun aku tak berpeluang berpuasa di rumah. Tapi ada untungnya, sekali sekala balik boleh minta apa saja dan mak akan masak. Senyum.

Dah selamat sampai di hostel tercinta. Bakal memulakan semester baru sambil berdebar tunggu result short semester. Harap mampu dapat apa yang dijangka. Tak terlalu letakkan high expectation, cukuplah sekadar mampu naikkan balik pointer aku yang jatuh merudum tu. Nak kena struggle juga sebab dah nak masuk last semester. Masa depan dah kena start fikir.

Untuk FYP dah jumpa advisor tapi macam-macam kata-kata buruk yang didengar. Tapi sekali dah terlajak pilih, mustahil nak diundurkan balik kan. Mengeluh. Hanya mampu berserah dan berdoa supaya smooth je perjalanan FYP aku dan kawan-kawan. 

Ok, nak kena fikir juadah berbuka untuk hari ini. Masalah.

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.