Saturday, July 14, 2012

I am Lejen 2

Sekali lagi habiskan duit dekat buku-buku tercinta. Kali nie lebih sikit banding yang dulu. Aku tak tahu macam mana nak bendung ketagihan aku ke buku. Macam penagih dadah yang akan terseksa jika tak dapat ubatnya. macam itulah aku bila tak dapat buku. Tapi mujurlah buku kan.

Ini baru sebahagian yang dapat di snap. Actually ada lapan buah semuanya. Lagi satu iaitu KasaRnova  dipinjam oleh pakwe kawan aku. Hasil daripada nie dapatla juga mug Kopi dengan sticker kereta free. Oh lupa, aku ada juga beli vcd Kopi. Lupa untuk snap sekali. Balik nie kalau kumpul semua sekali memang banyak sungguh koleksi buku aku. 






Aku dah mula fikir, nak sumbat dekat mana semua buku-buku nie. Nak kena minta dekat mak buat mini library la pula. Sengih sendiri. Ini pun belum dicampur dengan beberapa Buku Fixi yang bakal adik aku beli. Dosa dengan Invasi aku tak sempat baca pun lagi dah keluar Murtad dengan Hilang. Haish. Tak terkejar aku. Cepat sungguh diorang keluarkan buku.

Actually, buku-buku macam ni banyak mengubah persepsi aku pasal kehidupan. Dulu aku selalu disogokkan dengan kehidupan dalam novel yang selalunya indah-indah saja sedangkan realitinya bukanlah seindah itu. Bila baca buku macam nie, nah ambil kau. Buka mata luas-luas dan tengok sendiri realiti kehidupan yang sebenar. Tapi dengan cara membaca.

Sampai kadang-kadang tu aku duduk melepak, dah jadi habit untuk aku lihat gelagat orang dan aku akan terfikir mungkin macam ni kot apa yang diceritakan oleh penulis. Buku-buku macam nie juga buat fikiran aku jadi lebih matang dari sebelum nie. Mengeluh. 

Panjang sangat aku menulis nie. Its time to study la pula. Nak kena mengadap tiga paper minggu depan. Doakan aku boleh buat yang terbaik :)


No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.