Sunday, June 17, 2012

Happy Father's Day



Baharudin Bin Mat Isa

Orangnye kecil je, tapi kudratnya tak sekecil orangnya. Kadang-kadang menjadi pelawak untuk kami sekeluarga. Tak perlu tunggu maharaja lawak mahupun super spontan kerana boleh tengok lawak depan mata sendiri. Seorang abah yang super hebat di mata anak-anaknya.

Btw, Happy Father's Day!




Disebelahnya adalah orang yang sentiasa menyokong dia dan juga kami adik beradik. 


Saturday, June 16, 2012

Musnah

Abang besar sudah balik. Hati kini boleh senyum riang.

Seminggu nie kepala cukup serabut dengan segala hal yang tak masuk dek akal.
Semua berpunca dari sikap sambil lewa. Itulah, bila terlalu jauh dari landasan agama, halal dan
haram langsung tidak ambil peduli. Dosa pahala juga dah dibuang jauh dari diri.

Mungkin aku tidak layak untuk cakap hal agama, tapi sebagai kawan aku agak terkilan bila
aku dan rakan-rakan dijadikan kambing hitam.

Kalau boleh undurkan balik masa, aku nak sangat supaya aku langsung tak megenali kau.
Aku senang hati, tidur aku pun confirm lena.
Tidak seperti sekarang. Segalanya kena berjaga. Bersedia atas segala kemungkinan.
Buat aku rasa nak lempang muka kau yang hodoh tu, dan rasa nak jahit mulut kau yang
bercakap tak henti tu.

Selepas ni, maafkan aku kalau aku berkasar sedikit dan buat tidak peduli. Ye, kau masih kawan aku
tapi bukan kawan yang aku rasa aku patut rapat lagi.

Terima kasih untuk segalanya yang telah kau musnahkan.
Terima kasih.

Saturday, June 9, 2012

Perkhabaran

Kegelisahan aku dua tiga minggu lepas dibayar hari ini. Lama juga tunggu panggilan dari 'my brother', tapi tak call pun. Risau tak payah nak kata.

Dan tadi dia telefon from China and bagitahu tak perlu risau tentang dia. He supposed balik Malaysia last week, but dia kena tahan for a few months. So, he said that maybe we will meet at this coming Hari Raya.

So, take care brother. Miss you a lot :)

Simple Update

Aku rasa macam dah lama tinggalkan blog nie tanpa diupdate. Bukan apa, masa tak mengizinkan aku untuk melepak depan laptop dan menulis entri. Mei lepas aku cukup sibuk bercinta. Ya, bercinta dengan segala nota dan buku.  Tapi tak lama, cukup seminggu sebelum habis mei aku dah break up. Well, aku memang selalu tak lama kalau berhubungan dengan benda benda begitu. Seminggu yang berbaki aku gunakan untuk terapi diri aku. Bila dah break up hati ada rasa sedikit gelisah. Biasalah kan.

Terapi aku mudah saja, buku buku fixi serta lejen press yang aku rembat dulu ketika PBAKL dulu, aku ambil dan aku baca satu persatu. Terapi yang agak berkesan bagi aku kerana jiwa aku sudah kembali pulih. Hebat? Tak juga, Allah lagi hebat.

Now, i'm back to Gombak. Kena harungi short semester pula. Even though agak susah sebab apa yang kita belajar dalam masa lima bulan telah disingkatkan menjadi dua bulan. Tapi nak tak nak kena survive jugalah. Jadual yang agak pack sebab kelas dari isnin sampai jumaat. Sembam muka atas bantal. Dah takda masa untuk pergi hoore hoore tengok wayang. Just ada masa untuk download cerita sebab wifi laju. Tapi terpaksa redha bila burn cerita dalam dvd dan dvd itu telah dirembat mr monyet. Pasrah.