Thursday, May 10, 2012

I am Lejen

Jumaat lepas pergi menggila dekat Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Nak sampai sana pun dah banyak sangat dugaan. Tak perlu lah nak cerita kat sini sebab kalau cerita nanti akan jadi cerita yang tersangat panjang dan korang for sure akan bosan.

Tujuan aku kesana hanya satu, serbu booth FIXI sahaja. Duit memang dah di prepare awal awal. Mula ingat nak guna duit sendiri tapi akhirnya terpaksa minta ehsan mak dan abah hulur juga. Hasilnya tengoklah. Untuk hanya lapan buah buku saja aku berjaya habiskan RM 148.90.

Niat aku untuk jumpa kak Zara tak berapa nak kesampaian sebab dia datang keesokan harinya. Tapi tak mengapa. Mungkin belum jodoh ya kak? Kita jumpa lain kali saja. Tarik nafas, senyum.

Dan ya, aku memang seorang pembaca yang tegar. Buku adalah dunia aku selain muzik.








Oh ini bila aku dan roomate jadi gila. Kami pernah berselipar serupa dan kali ini pencil case kami pun serupa. Lepas ini belum tahu lagi apa yang akan serupa. Mujur juga kami tidak minat pada lelaki yang serupa. Kalau tidak, perang!



2 comments:

  1. zara tu kazen saya..jom turun muar..:)

    ReplyDelete
  2. post lah koleksi buku yang ada. pembaca tegar harus berkongsi

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.