Wednesday, January 4, 2012

A M A L I N A

Dua tiga hari lepas TL aku dipenuhi dengan kisah pasal Amalina tu. Aku sendiri tak faham dengan orang sekarang. Siapa kita nak judge dia dengan sesuka hati. Semua orang lakukan kesilapan dan itu adalah kesilapan yang dia telah buat so, beri dia peluang untuk betulkan kesilapan dia. Bukannya dengan menghina dia.

Apa yang dia buat itu antara dia dengan yang ada di atas sana. Kita kat bawah nie hanya boleh berdoa supaya terbuka pintu hati dia untuk berubah.

Bila difikirkan, kenapa perlu di gembar gemburkan hal nie. Sebab dia adalah public figure? Nonsense! Sedangkan tak payah pergi jauh, tengok sekeliling kita pun ada juga jenis yang macam tu. Di kampung, baik, sopan santun dan macam macam la, tapi bila keluar ke tempat yang havoc sikit terus personaliti tu berubah.

Itulah yang dipanggil kejutan budaya. Semua orang mengalaminya, cuma bergantung atas kita samada kita kuat untuk melawannya atau tak. Tepuk dada tanya iman.

Itulah orang-orang tua selalu pesan, bila kita jauh dari ibu bapa dan yang ada hanya rakan-rakan, selalulah ingat dekat Dia. Dekatkan diri dengan Dia supaya kita akan sentiasa dilindungi dari segala perkara yang tidak baik.

Btw, before menjatuhkan apa-apa hukuman pada orang lain, tengok dulu diri kita. Ingat, tiada siapa pun sempurna di bumi Allah ini dan setiap orang berhak untuk diberikan peluang kedua dalam hidup dia.

3 comments:

  1. setuju, memang dia buat salah tapi kita tak boleh malu kan dia, hina dia kan~~

    ReplyDelete
  2. kina: betul tu. bagi dia peluang untuk dia berubah. kita ptt nasihat dia bukannye hina dia.

    ReplyDelete
  3. hmm setuju, mungkin dia bru tahu silap dia dan harap kembali dekatkan diri dengan Allah :)

    follow/like WG jom :)

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.