Sunday, June 5, 2011

Printer rosak di Fullhouse

Ini kisah beberapa hari lepas. Disini nak buat pengakuan jujur, aku dan cik atikahallias telah ponteng kelas microp. Semata - mata untuk pergi bersuka ria?

Salah sama sekali.

Kitorang pergi settlekan printer yang rosak. Kebetulan ada yang sudi nak tolong bawak kitorang pergi Plaza Low Yat kan. Thanks ya en shafiqext. So, kelas hari tu terpaksa la diburn oleh kami. Bila dah alang - alang keluar, aku pun apa lagi ajak la diorang pergi makan dekat Fullhouse Sunway Pyramid. Sebab ramai yang kata tempat ni cantik.






Lama sangat berhajat nak makan kat situ, akhirnya sampai juga. memang cantik pun tempat dia. All in white. Terasa macam suci je. Hahaha. Dah, jum tengok pesanan kitorang.




Ini dipesan oleh cik atikahallias. Rasanya best tapi cepat muak sebab ada rasa butter yang sangat terlampau. Nak makan kena makan slow - slow. Tapi yang pasti sedap!





Ini pulak dipesan oleh en shafiqext. Ini sangat sedap. Lagipun macam favourite menu je kat situ sebab ramai je yang pesan menu ini.





Ini pesanan aku. Pun sedap jugak. Tapi aku melantak isi ayam tu je, roti tu aku makan sikit. Fries pun en shafiqext yang habiskan. Huahuahua.



Actually ada desert tapi terlupa pula nak snap pitcha sebab teruja sangat tengok chocolate yang tersalut tu tambah pulak ais krim yang menyelerakan.


Oh ya, total semua RM 104.75. Harga ni termasuk air tau.


Puas hati, duit pun dah habis, perut pun dah kenyang. Lain kali boleh pergi lagi try menu lain pula. Then boleh ajak lagi ramai pergi sana baru lah meriah sikit kannn.





ps : printer rosak la selalu, boleh makan sedap lagi.

2 comments:

  1. bak sini printer tu, nk tlg rosakkan :-P

    ReplyDelete
  2. wah...tingin gak nak mkn fullhouse neyh
    tp tggu bukak sem jerla jwbnye
    ^_^

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.