Thursday, May 19, 2011

Telurdibasuh dalam kenangan.

Tengah hari tadi lepak - lepak cari movie korea untuk dibuat stok sambil main fb. Sebab lama sangat biar so, aku refresh la sebab kot ada status best - best kan. Sekali terpandang tubelawak punya status.


" Abdul Hakim Bin Mohd Kamal atau lebih dikenali sebagai "telordibasuh" telah meninggal dunia sebentar tadi.. sama-sama kita berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. al-fatihah untuk Abdul Hakim Bin Mohd Kamal "


Dua tiga kali juga aku ulang baca. Serius aku macam tak percaya. Dulu arwah selalu jenguk blog aku. Pastu kat chatbox aku selalu ada nama dia. Sekarang hanya tinggal kenangan jela.


Salam takziah untuk keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga arwah bahagia di sana. Kami di sini akan sentiasa mendoakan arwah.




Al - Fatihah.

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.