Wednesday, May 18, 2011

Hanya tinggal kenangan

Hari ni widget follower hilang. Tak tahu lah mane dia lari. Merajuk kot. So, biarkan jelah, bila dia dah ok, pandai - pandailah dia muncul balik. Pergi cari ketenangan kot.

Ada benda lagi penting yang hilang berbanding widget tu. Kasut converse aku. Siot punye pencuri. Sekali tiga pasang kau sebat ye. Memang masyuk la kan. Dua pasang converse aku punya dan adik laki aku pastu lagi sepasang kasut playerz adik perempuan aku punya.

Celaka.

Seriously kasut tu aku sayang gila. Nasib baik dia tak rembat lagi satu converse aku, kalau tak memang meraung la aku. Tak cukup dengan ekzos motor abah aku kau kebas, kasut pun nak kebas juga.

Apa yang aku tahu, yang mencuri tu budak lagi. Maybe orang kampung aku juga. Fine, aku bukan la nak bias dengan orang kampung aku tapi please la jaga sikit perangai. Thats why la aku cukup menyampah bila adik aku berkawan dengan budak lelaki kampung aku. Tolong la berkawan dengan budak yang berotak sikit.

Ok, aku try think positive dengan anggap bukan budak - budak kampung, tapi tak boleh sebab diorang nie semua mencurigakan. Muka stok tak boleh percaya je semua. Bukan la semua teruk, yang ok tu dikecualikan la.

Setiap masa aku tengok diorang nie naik basikal tak tentu arah dengan rokok kat tangan padahal umur baru berapa. Haish, makin rosak budak - budak sekarang.

Tapi, benda dah jadi. Apa boleh buat, redha je lah. Maybe dia betul - betul perlukan duit tapi mencuri bukanlah solution yang terbaik. Banyak lagi cara yang boleh buat untuk dapat duit. Kerja part time ke, bukan susah pun kan. Kecil - kecil dah mencuri, bila besar nak jadi apa, penyanggak?

Hanya mampu bersabar jelah sekarang. Find a new shoes la lepas nie.

*sigh*


No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.