Wednesday, April 27, 2011

Seharian bersama Hafiz Khan.

Hari ini seharian habiskan masa dengan kawan terbaik aku, @hafizkhan. Memang puas aku story segala cerita dekat dia. Seriously segala beban telah dilepaskan dan aku rasa ringan gila kepala aku yang serabut sebelum nie. Dia adalah satu - satunya kawan yang memahami dan sentiasa ikut je rentak aku.

Dia juga lah merupakan kaunselor tak berbayar paling best sekali aku pernah ada. So, tak perlu nk keluarkan duit banyak - banyak cari kaunselor sebab aku dah ada private kaunselor. Hanya orang tertentu je boleh guna khidmat dia. Hahaha.

So, dah puas bersembang, kepala pun dah ringan, masalah pun dah selesai boleh la sambung study serta mengadap final exam dengan hati yang girang serta tenang sekali. Bertambah tenang bila dapat berita akan dapat something dari @hafizkhan yang actually aku sendiri yang minta dia beli.

Selepas ni mungkin dah payah nak jumpa sebab dia pun dah nak naik kapal. Kerja sudah panggil. So, pesanan untuk anda wahai @hafizkhan, " jangan lupa segala barangan yang aku pesan terutama sekali benda yang minimum tiga botol tu. Kalau lebih lagi lah seronok. Serta jangan harap anda akan bersenang lenang sebab aku akan bebankan ang lagi dengan pelbagai kisah menarik mengenai hidup aku. Yeah, ang kena tahu semuanya. Barangan akan diupdate setiap kali anda turun kapal. So, beware!"












ps : thanks :)

Tuesday, April 26, 2011

Final exam


Final exam is coming and i'm totally not doing anything yet. Its study week now. Huh. I need to do this.





Yeah, i know i can't do it because without internet i will be like this,






But, when i think back, hurmmm..







because the result will be like this,







so,







And to all my friends, i wish you guys,








CONCLUSION :

Exam mode is activated now!











ps : malas nak taip, guna gambar pun da cukup.

Monday, April 25, 2011

Last Thursday

Khamis lepas, orang lain sibuk study, kami bertiga keluar dengan tujuan nak beli tiket train balik kampung. Excited nak balik nie sampai tak reti nak sabar. Selepas tujuan yang utama diselesaikan, masing - masing pandang muka antara satu sama lain dan kesemua tunjuk muka LAPAR. So, tanpa tunggu lagi, terus masuk mcd sebab kebetulan lunch hour belum habis lagi so, mcd still murah.





Selesai makan, berfikir nak ke mana sebab dah alang - alang keluar, biar pergi buang masa terus. Pusing satu KLCC sampai naik lengguh kaki. Then semua decide nak pergi menonton movie The Roomate. Not bad la cerita nie.




Inilah gayanya kalau dah terlampau bosan. Bergayut dekat public phone. Tapi itu semua zaman dulu. Zaman ni kalau terdesak je guna public phone ni. Then teringat ada pesanan dari sis @nuraminah suruh belikan cream muka. Terus pergi ke watson. Inilah masa nak kumpul mata ganjaran. Haha.




Keluar dari watsons badget nak balik sebab dah petang, tiba - tiba kakak aku message tanya pasal urusan dia yang belum diselesaikan. So, dah jadi satu kerja lain pula aku nak kena pergi berjumpa orang itu untuk ambil invois yang kakak aku minta.

Inilah part yang paling menarik. Berjumpa kekasih lama. Setelah dua tahun tak jumpa, kini jumpa kembali disebabkan sehelai invois. Bermacam - macam kisah keluar. Dari kisah lama, sekarang dan masa hadapan. Fuh, memang pertemuan terbaik la. Dalam keadaan yang hujan, buat pertemuan tu jadi lebih dramatik. Haha. Propa lebih.

Tapi,

Terima kasihlah kerana sanggup meredah hujan dan jalan yang jem. Well, kl kan. Semata mata untuk hantar invois tu. Sorry sebab terpaksa menyusahkan anda wahai Hidhir Abdul Wahab. Btw, nanti segalanya akan dibincang kembali dengan my sis tentang imbuhannya okay.

Serta banyak lagi cerita yang perlu disampaikan. Cuma masa tak berapa nak mengizinkan. Next time jumpa, kita sembang lagi panjang.






ps : urm...errrr..

Wednesday, April 20, 2011

Seksa

Semalam merupakan hari yang agak terseksa bagi aku. Terpaksa mengadap dua kuiz yang berturut dengan report yang tak siap - siap sampai dah kena sound banyak kali dan sampai aku pun dah naik baran sebab tak reti nak bersabar. Ingat buat report tu pejam mata je boleh siap ke. Kalau semudah tu, aku lah orang pertama offer diri untuk buat semua report.

Dan semalam juga penyakit aku saja mengedik nak serang aku. Penat bertarung untuk setengah hari, aku give up. Capai juga ubat dan makan dengan harapan akan baik. Tapi tidak sama sekali. Degil betul, malam lagi bertambah teruk. Aku ulang alik pergi toilet muntah sampai badan pun dah lemah semacam. Cuba untuk tidur, masih juga tak boleh. Memang la seksa. Entah berapa kali aku bangun semalam sebab benda nie. Still now masih lagi terasa pedih lagi.

Mulai hari ini, terpaksa lah berpantang buat sementara waktu. Kamon la, nak baik kan.

Dah, masa untuk ke kelas. Bye.


Monday, April 18, 2011

331

Jam sekarang menunjukkan pukul dua belas dua puluh lapan tengah malam. Mata aku pula masih terbuka luas tak reti - reti nak pejam. Kebosanan berada di tahap paling melampau.

Haaa, sekarang TUMBLR aku dah berwajah baru. Kalau lapang - lapang pergi la melawat. Dulu aku letak gambar yang aku snap tapi sebab jarang update ditambah dengan kemalasan tahap melampau, so aku decide buang semua gambar dan post entri baru. Alah, reblog je pun.



Oh, ini gambar nyonya jual sayur. Si apek jual sayur tiada sebab dah jalan ke depan dulu. Sempat snap nyonya je. Gambar ni waktu kat Warta Bangi. Saja jalan - jalan lepas isi perut. Cuaca kan panas, tu sebab kena pakai sapu tangan. So, jadilah nyonya jual sayur.

Dan

Gambar dibawah ni dah lama. Terlupa pula nak update. Ini ketika roomate kesayanagn aku, @atikahallias sedang buat public speaking dekat borak - borak corner di cafe atas BMI. Gambar aku tiada sebab dia takde niat jahat nak pedajal aku, aku je yang berniat nak kenakan dia. Hahaha. Actually ada video sekali yang sempat aku rakam tapi biarlah menjadi simpanan kami di bilik saja. Private and confidental katanya. 








Esok dah nak kena balik ke hostel. Kuiz dengan report dah jeling - jeling tajam kat aku. Gerun aku nak balas balik jelingan diorang. Tapi, next week boleh bercuti panjang sedikit. Harap begitulah ye.







ps : math, pengajian malaysia, network sangat kejam. 

Sunday, April 17, 2011

330

Terasa lama gila aku tak update blog. Selepas meroyan kejap sebab down tak boleh jawab exam math, terus mood hilang nak update everythings. Oh ya, final exam dah dah dekat bak kata orang putih, just around the corner je. Tapi aku masih melepak, goyang - goyang kaki dengan report tak reti - reti nak hantar even sekarang dah masa untuk lecturer kumpul markah.

Dua tiga minggu nie keje aku balik rumah kakak aku, kemudian melepak tengok tv, membebel kat budak - budak yang ade dalam rumah ni sebab buas sangat then merayap habiskan masa dekat alamanda sebab itu je shopping mall paling dekat dengan rumah.



Tahukah anda budak diatas ini semakin banyak akal dan penat nak mengawal dia. Mulut pot pet pot pet mengira one two three untill ten, kemudian buat simbol ok serta bila disuruh pakai baju buat - buat lembik dan mengada - ngada peluk - peluk orang dengan harapan dapat bermanja manja. 




Budak ni pulak dah memang sejak azali lagi memang buas. Tak terkawal sungguh. Memanjat, merangkak segalanya la dia nak buat. Paling dia suka adalah menangis bila mama dia pergi sekejap, masak ke, toilet ke ape ke, tak sampai lima minit mama dia blah, dia nangis. Cuba tengok gambar diatas. Diambil ketika di Tesco Nilai. Tak senonoh betul tidur terkangkang. Tak macam perempuan langsung gayanya.


Dah cukup pasal diorang.

Baru - baru nie ada buat minta autograph fellow sebab nak kukuhkan lagi la sebab kenapa kau mesti duduk hostel kan. So, disebabkan result aku sem lepas yang agak tergenlincir sikit dari landasan memang kena banyak berdoa sebab bakal ditendang keluar dari hostel. Ha, itulah enjoy banyak, terima la padahnya. Kumpul dua puluh kupon pun tak guna kalau result cengitu. Ucapan terakhir yang aku terima dari fellow adalah, " goodluck dear. " Serta merta aku pun berharap luck aku ada lah ye. 



Yeah! ini yang kita mahu. Be strong enough.


Dan, secara tiba tiba aku macam terkena penyakit nak mengingat kisah lalu. Damn shit. Kepala ting tong kot dengan secara tiba - tiba boleh pulak gedik nak terkenang memory lama. Apa halnye aku pun tak berapa nak pasti. Apa yang pasti dua orang kawan aku jadi mangsa untuk dengar luahan hati dan perasaan aku yang tak pernah nak habis. 

Well, perempuan kan, ada masalah apa lagi cari orang la nak lepaskan. Bukan boleh simpan lama - lama karang rasa nak meletup dan dan semua kerja tak boleh nak buat. Biasaah, emo melebih lebih. Padahal benda kecil je pun. Tutup mata je dah boleh selesai. Kalau boleh kumpul masalah tu, boleh buat novel bersiri. Macam macam cerita dengan macam macam ragam.





Lagi dua minggu study week. Masa untuk pulang ke kampung halaman. Orang lain sibuk study aku balik rumah. Bila final mengangga tengok orang kiri kanan, pastu tak dapat jawab, DOWN serta merta. Kemudian cari penyelamat, mengadu itu ini. Dia pun dah muak gamaknye dengar aku mengadu. 

Keluar result, DOWN lagi. Cari lagi penyelamat untuk mengadu lagi. Padahal diri sendiri yang tak pernah nak berusaha habis habisan. So, kesimpulannya layan la movie banyak banyak, online lah selalu serta keluar la berjalan sokmo. Apa apa jadi sendiri tanggung, sendiri mau ingat.

Dah, jum tido.






ps : dah pandai balik hostel lewat- lewat ;p

Friday, April 8, 2011

Dispointed

Ya. Kecewa betul aku semalam. Satu soalan pun aku tak dapat nak jawab. Serius blur habis. Pandang kiri, pandang kanan dengan harapan dapat la tiru even sikit ke.

Tapi,

Damn. Apa pun tak dapat. Orang depan, kanan, belakang, semua aku tak kenal. Macam mana nak minta tolong. Si rumate @atikahallias di belakang selang dua baris dari aku dah selamat menjawab dengan khusyuk sebab dapat bantuan di sekelilingnya. Confirm berjaya gila lah dia test kali ni.

Haila. Sekarang nie kena target untuk kuiz dan final exam je. Itu jela satu - satunya harapan aku sekarang.

Terima kasihlah dekat 'orang' itu semalam sebab naikkan balik semangat aku selepas aku agak down sebab tak dapat jawab semalam. Selalu ada time aku perlukan.

Terima kasih juga rajin layan kerenah adik anda yang selalu nak mengadu macam - macam.

*senyum*








ps : give up? no!

Thursday, April 7, 2011

Bad day

Esok bakal menempuh satu hari yang menyesakkan kepala. Test math dan public speaking. Pada ketika ini, keadaan badan agak kurang baik. Dari minggu lepas berlanjutan sehingga hari ini.

Keadaan roomate, @atikahallias pun begitu. Sudah rasa sengal seluruh badan.

Dan pada waktu ini, jam dua belas dua puluh tujuh tengah malam, aku masih mengadap laptop selepas menyentuh dua tiga soalan math sebagai preparation esok serta telah mentranslate pelbagai ayat untuk diucapkan pada pagi esok.

Harap hari yang menyesakkan kepala ini akan cepat berlalu.




ps : harap dapat minta excuse esok.

Tuesday, April 5, 2011

Random

Seminggu bercuti dari segala bebanan kerja. Ringan sikit kepala. Dapat berehat sepuas yang boleh. Kini dah kembali ke rutin harian. Runsing betul.

Draft untuk final exam dah keluar. Shit betul sebab aku terpaksa mengadap dua paper dalam satu hari. Network analysis dan pengajian malaysia. Satu membaca, lagi satu mengira. Aku tengah fikir cara untuk handle dua - dua paper tu.

Serabut betul kat sini. Orang produksi mane ntah datang buat shooting. Tak pasal - pasal nak kena menapak jauh untuk masuk hostel. Haish, masalah - masalah.

Eh, nak kena pergi kelas. Bye.




ps : action! cut!