Saturday, March 5, 2011

Taman Negara Pahang

fuh. baru ada masa nak belek - belek blog ni. sebelum nie ada je halangan. internet lembab la, berjalan sana, berjalan sini.

cuti mid sem nie memang aku habiskan masa dengan kawan - kawan je. start cuti terus ke Taman Negara Pahang. tempat menarik. dipenuhi dengan hutan. tidur dalam khemah je. hari - hari khemah aku asyik kena sondol dengan babi. siot je. tak nyaman betul nak tidur. masak pun kena sendiri. memang masyuk la.

pergi pun dengan kelab kembara, so aktivity pun macam lasak sikit la. jungle trekking, orientering dan paling best water shooting. malam pula pergi bumbun(aku lupa ejaan) kot tengok binatang. diorang kata nampak rusa dua tiga ekor. aku tak pergi sebab malas.

oh, pagi tu meredah hutan sebab nak naik canopy walkway. memang terbaik. siapa gayat, mengucap banyak - banyak la naik benda tu. asyik nak bergoyang ja. seriously kalau terputus tali, ucap selamat tinggal dunia la. water shooting tu pula macam lawan sembur air kat orang. sebuah bot adalah dalam 10 orang. so, gunakan apa - apa peralatan untuk basahkan pihak lawan anda yang ada di bot lain. so, jangan harap balik dalam keadaan kering.




mini market yang tak berapa nak mini. harga barang dua kali ganda dari harga kedai runcit. miskin miskin.




pengangkutan untuk ke seberang. 




contoh insan yang gayat. langsung tak pandang bawah. siap tutup mata.




pit stop sebelum sampai ke puncak bukit teresek. 




fine. selamat tinggal Taman Negara. 
Periuk Kera Crew aka PKC






ps : next entri Pulau Redang. weuuuuuu.

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.