Wednesday, February 16, 2011

Dunia yang tak pernah habis

semalam aku pergi dengar ceramah maulidur rasul. ada banyak kata - kata yang ustaz itu lontarkan yang buat aku sentiasa berfikir. salah satunya,

" dunia percintaan ini tak pernah habis. betul. sekali kamu masuk ke dalam dunia itu, tidak pernah sekalipun masalah percintaan kamu akan selesai hatta selepas berkahwin."

aku tersenyum mendengar kata - kata itu.

kadang - kadang memang tercari - cari juga jalan keluar dari dunia itu. tapi hampa. tiada atau mungkin mata telah ditutup untuk melihat jalan itu. takkan nak tersesat sehingga mati? aku paling benci bila semua ini terjadi. semua ini hanya akan buat aku jadi bertambah serabut. lagi serabut dari himpunan lalang di padang yang terbiar.

tapi aku tahu, meski aku dapat keluar sekalipun, aku akan bakal terjebak lagi. ya, lagi, lagi dan lagi.



ps: kau tak pernah lupakan aku kan.

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.