Thursday, July 29, 2010

Si Gadis


Di pagi hari, gadis itu bangun, menyiapkan diri untuk ke kelas. Berjalan ke kelas bersama rakan rakan. Bergelak ketawa bersama mereka. Menaiki lift bersama tetapi di dalam lift si gadis menekan number yang berlainan dari rakan rakannya. Berjalan seorang diri. Menunggu seorang diri seperti orang gila. Masih awal untuk manusia manusia lain. Sambil menunggu si gadis memandang handphone mengharapkan pesanan ringkas dari rakan rakan yang mungkin boleh menemani untuk sementara waktu. Apabila ada pesanan yang masuk, bibir si gadis mula mengukirkan senyuman.

Kemudian datang seorang gadis lain duduk di hadapannya. Si gadis memandang dan terus mengukirkan senyuman buat gadis itu. Bertanya tentang perihal diri. Mungkin boleh dibuat teman nanti. Bertukar tukar number. Kemudian lorong yang sunyi itu terus dipenuhi dengan manusia. Dari suasana sunyi bertukar riuh. Datang seorang wanita lalu membuka pintu. Kesemua manusia itu masuk termasuk si gadis. Si gadis masih lagi berkepit dengan gadis yang ditemuinya tadi. Dalam hati si gadis berkata " lega gila aku ada member. sengal campak aku sorang sorang kat sini "

Kesimpulannya, si gadis itu adalah aku dan apsal aku asyik terpisah kelas dengan kawan kawan aku!!!! Kena campak sorang sorang plak tu. Bongek betul la. Tension aku.


ps : aku rasa macam nk tukar jadual je.



1 comment:

  1. kah kah kah..cian gadis itu..

    ps: nk gak no gadis yg ditemui tuh ; P

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.