Monday, May 3, 2010

Sabun susu kambing

Sabtu lepas aku pergi Tesco dengan harapan hendak membeli Drypers yang di warwarkan murah. Tapi harapan tinggal harapan sebab dah habis. Masa banyak lagi aku pergi ke bahagian toiletries. Belek satu satu barang yang ada.

Aku pegang sabun mandi susu kambing jenama aku tak tahu. Sebelum tu aku sengaja pegang sabun sabun yang lain untuk menguji tahap kewangianya. Datang seorang auntie. Dia senyum. Takmau dikatakan berlagak, aku senyum balik sebagai pemanis muka.

Dia hulur sabun bertulis Rose.

" Ini sabun banyak wangi ha "

Aku senyum saja. Hilang kata kata. terus menyambar sabun susu kambing tadi.

Auntie tadi ambil sabun yang sama dan bau. Dia ulang balik bau. Buat muka pelik. Aku tak peduli dengan kelakuan dia terus blah tinggalkan dia keseorangan disitu.

Aku terserempak kembali dengan autie tu di bahagian yang lain. Aku tengok dalam troli dia ada sabun susu kambing tadi.

Aku senyum sinis.

" Buat muka gila punya pelik cina ni tadi. Tapi ambil juga sabun tu. "

Adik aku tergangga tengok aku cakap sorang sorang.


katakata : aku jadi addicted gila dengan sabun tu. hoish.

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.