Friday, May 28, 2010

Kerja gila pukul 130 pagi

Terbaik dari ladang. Pukul satu setengah pagi cau pergi hospital. Menyusahkan mak ngan abah aku yg sedang best layan tido. Kepala memang nak kena hentak sampai pecah. Tapi bukan salah aku derr. Perut aku buat hal dengan aku. Ntah ape salah aku sampai dia hentam aku dengan sekejam kejamnya.


Lembik terus badan aku dia hentam. Muntah tak macam dekat sepuluh kali. Huh. Apa aku makan pun aku tak tau. Syial la. Tak pernah pernah jadi lemah nak mampus macam ni. Aku badget aku nak mati da. Kena H1N1 ke ape ke. Tup tup nanti baca dalam blog aku da arwah. Cuak aku.


Benda paling menyampah bila kena pergi hospital nie satu je. Aku ulang satu je. Benda tu adalah injection. Memang aku takut. Celaka! Aku takut jarum. Kenapa bukan mak aku yang cucuk aku. Nasib baik takde scene dramatik kat hospital kalau tak jatuh saham aku dekat semua doktor hensem serta pembantu pembantu yang hensem. Buat aku nak pergi lagi buat pemeriksaan takpun pura pura sakit. Hahahaha. Memang aku akan kena sekeh dengan mak aku.



Ohh itu saja. Paling best boleh bangun tido lambat sebab alasan sakit. Terbaik gilak.



Cau. Aku blah dulu.



katakata : menipu lagi sakit. ini lah padahnya.

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.