Thursday, April 15, 2010

Down

Aku tengah mengalami simptom perasaan. Aku rasa macam gila punye kecewa hanya kerana application aku ditolak. Aku rasa macam aku ada buat kesalahan. Tapi otak aku tak dapat berfikir kesalahan apa yang aku telah buat.

Sekarang aku rasa aku bakal menjadi penganggur terhebat di abad ini. Mungkin mereka nak suruh aku berehat sebentar sebelum sambung belajar balik. Tapi aku gelojoh. Diploma masih tinggal sisa sisa yang belum tentu mampu digenggam sudah bongkak apply sana sini.

Itu takdir. Aku rasa ada hikmah disebaliknya. Ayat sekdar menyedapkan hati.

Mungkin aku boleh jadi baby sitter buat sementara. Menjaga si kecil yang malas berjalan. Mungkin selepas si kecil berjalan, berlari aku boleh sambung balik pelajaran aku yang tertangguh dengan gembira.

Tahun depan masih ada. Itu pun kalau masih hidup.

2 comments:

  1. owhh, sabar2.. jgn sedey k? akak dulu pon camni jgak... usaha lg tau, x semua bende tu mudah.. nanti bile kte da dpt ape kte nak, bru kte sedar yg dlu2 kte xdpt tu ada hikmah.. doa yeh dik.. jgn givup.. inilah kehidupan.. ;)

    ReplyDelete
  2. tenks kak dayah.
    dilla akan try sampai boleh.
    heee.

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.