Thursday, March 25, 2010

oh oh keluar.

Grrr. Aku keseorangan di dalam pejabat yang usang ini. Yang lain sudah hilang menyelesaikan segala tugas. Aku, hanya duduk dan merenung sekeliling. Diberinya aku tugas tugas yang seperti sampah. Oh, mungkin mereka fikir aku mengambil jurusan office management. Hurm. Aku perlu pakai taq besar besar bertulis " Diploma Kejuruteraan Elektronik" baru mereka akan perasan.

Aku menekan nekan keypad telefon bimbitku untuk bertanya khabar kawan kawan. Aku bosan. Itu yang aku rasakan. Mereka kata kalau aku keluar nanti aku akan gelap. Aku tidak peduli kata kata mereka. Biarkan mereka tidak mengenali aku asalkan ada kerja berkaitan yang aku lakukan selain mengadap sampah sampah ini.

Mujur tiada duit kertas yang diberi. Itu salah satu taktik mereka.

Akhir sekali, terbiar la aku sendirian di sini. Menunggu jika ada rasa simpati untuk mengusung aku keluar membuat kerja walau aku tahu jika aku buat semua hancur. Maaf itu bukan salah aku. Aku hanya ingin keluar!

1 comment:

kau nak kata apa.silakan.