Saturday, March 10, 2018

Travelogue : Ho Chi Minh, Vietnam Part II

Day 3 ( 03 Nov 2017)

Marilah mari kita sambung entri ini dengan Chu Chi Tunnel. Dari Mekong hendak ke Chu Chi ni boleh tahan jauh juga. Adalah dalam dua jam perjalanan. Dekat sini kita akan melawat tempat tinggalan sejarah perang zaman penjajahan US dulu. Wow! Sejak bila insan bernama Dilla minat sejarah. Since dah sampai tak salah pun kita ambil tahu sikit sebanyak pasal sejarah negara yang kita kunjungi kan. Itu semua ilmu juga tu.

Dari pintu masuk our tour guide, Danny akan terangkan segalanya sampai kita faham. Kau tak faham, kau tanyalah dia. Semua dia boleh jawab. Kau tak tanya pun dia terangkan secara sukarela #untunglahtourguidebanyakcakap. Hihihihi. Hah, dekat sini korang boleh merasa la masuk ke tempat persembunyian diorang dulu kala. Serious sempit dan susahnya nak bernafas. Aku hanya bertahan 100m saja lepas tu terus keluar mintak nyawa. Gelap pula tu dekat dalam tu yang ada hanyalah lampu torchlight dari guide paling depan.







Oh, exit dia setiap 100m. So kalau rasa mampu gerak la lagi ke depan. Tour guide akan beritahu bila mana sampai tahap paling susah so korang boleh decide either nak continue or keluar. Sepanjang dekat sana akan dengar bunyi orang menembak. Hah, jangan main main, dekat sini korang akan diberi peluang untuk mencuba aktiviti menembak. Semestinya kena bayar. Satu peluru berharga 5K. Tapi ada syaratnya. Syaratnya adalah korang kena beli 10 peluru. So total will be 50K. Peluru betul tau. Jangan pula korang pergi suka suka halakan kat rakan korang. Kang naya keluar surat khabar rakyat malaysia tertembak rakan sendiri di Vietnam. So, kalau korang berminat silakan dan jangan risau kalau tak reti akan ada yang bantu korang untuk menembak nanti. Aku dulu dah pernah pegang dan menembak guna M16 so aku skip je benda tu. Heh.






On the way nak keluar tu akan ada satu persinggahan di mana kalau korang nak merasa makan ubi kayu iaitu makanan ruji zaman penjajahan dulu boleh la beli. Tapi since dekat Malaysia pun ada ubi kayu tu siap tanam belakang rumah je dulu so kami tak beli pun la. So tak dapatlah nak bagitahu sedap ke tidak. Nanti korang pergi bolehlah kalau nak cuba.






Yeay! Habis dah full day tour. Banyaknya ilmu dapat harini. Badan pun dah lemau, so naik van dan bergerak balik ke Saigon. Perjalanan balik dari Chu Chi Tunnel ke Saigon sekejap je tapi kebetulan kami sampai bandar dia punya jem tu rasa macam jalan kaki lagi laju. Oh balik tu kami minta driver turunkan di Saigon Square. Last minute shopping before berangkat balik esoknya.






Malam tu selepas makan di Restoran Al Amin yang pho dia bagi aku boleh tahan sedap kami sambung memborong barang untuk dibawa balik Malaysia. Sampi kedai tutup kami memborong. Hahaha. Dalam pukul 12 malam balik, kemas beg, bersihkan diri dan tidur since esok driver akan datang ambil jam 6.45 pagi untuk bawa ke airport. Flight kami jam 9.20 pagi. So, tamatlah sudah percutian kami di Vietnam. 

Actually banyak lagi tempat yang boleh dilawati dekat Vietnam ni. So kena plan lain. Even dekat Saigon sendiri kami tak habis pusing sebab kesuntukkan masa. Masa kami banyak terbuang dalam kenderaan. Total kami habis termasuk tiket flight adalah lebih kurang di bawah ni. Korang kira la sendiri. Ini bukan percutian bajet okay. Kalau korang bukan pergi sebab nak shopping boleh tolak perbelanjaan shopping tu.

Travelogue : Ho Chi Minh, Vietnam Part I

Day 3 (03 Nov 2017)

Hey yaww!

Since breakfast disediakan start dari 6.30 pagi so before bergerak untuk tour kami makan dulu. Tapi tak banyak pun halal food yang hotel sediakan. Standard biasa la roti and buah. Lain tu semua non halal punya food. Bolehlah nak buat alas perut. Mujurlah kami ada bawa juga kudap kudapan.

Pukul 8 macam tour our Tour Guide, Danny datang jemput. Mujurlah si Danny ni speak good english and bahasa inggeris dia mudah difahami. So, we start with Mekong Delta yang mengambil masa 2 jam perjalanan. Bila dah perjalanan jauh, sambung tidur dalam kereta la. Seriously cakap selagi ada ruang untuk tidur memang kami akan tidur sebab tak cukup tidur. Ingat travel ni boleh berehat ke. Travel lagi penat tau sebab nak kejar masa.



Danny, our tour guide tengah bagi explanation pasal Dragon Island


Sampai destinasi kena naik boat nak ke seberang. Erm, orang panggil Dragon Island kot. Dekat situ la semua aktiviti yang kami akan buat. Since this is private tour so satu boat tu memang kami berenam je. Pilih la mana nak duduk. Sampai seberang diberi minum madu campur dengan royal jelly. Sebelum itu dibaginya pegang kayu yang ada madu tu tapi tak berani aku sebab kayu tu dipenuhi dengan lebah. Diberi penerangan sikit pasal madu oleh this cute girl. Manis sungguhlah air tu. Minum half dulu then campur dengan air teh balik baru okay.



OMG! penuh dengan bees



Amoi tu la yang terangkan pasal royal jelly dengan madu beserta khasiatnya



Then teruskan perjalan ke persembahan kebudayaan. Di sini akan ada orang nyanyi nyanyi. Paling tak tahan diorang ni pergi nyanyi lagu “bila rasa gembira tepuk tangan” mak aih lawak pula aku rasa. Sambil dengar persembahan kami dihidangkan dengan pelbagai jenis buah buahan. Habis diorang ni buat persembahan sesiapa yang nak hulurkan tips just masukkan dalam bakul yang disediakan di setiap meja.



Buah-buahan yang dihidangkan sambil mendengar mereka nyanyi lagu Bila Anda Gembira Tepuk Tangan  -.-'


Lepas tu berjalan lagi kami ke tempat naik kereta kuda. Nasihat aku kalau diberi pilihan naik kereta kuda atau naik electric car, silalah pilih electric car. Kesian wei dekat kuda tu sebab nak kena bawa enam orang sekali. Kalau naik berdua or berempat takpe lagi ni berenam dan kuda tu seekor je. Mula tu laju lama lama makin slow. Seriously aku rasa korang sila pilih benda lain okay sebab at first kami ingat tunggang kuda bukan naik kereta kuda tu yang kami semua setuju. Pfffttt. Menyesal tak sudah.



OTW ke tempat untuk naik kereta kuda


Ha, kuda ni seekor la yang usung kami berenam. Kesian wei!



Okay, letak tepi semua tu. Jom teruskan perjalanan kita dengan menaiki sampan. Jyeah. Inilah yang paling ditunggu tunggu. Selalu kalau orang pergi Vietnam mesti akan up kan gambar naik sampan berserta topi bentuk tudung saji tu. Now dah dapat merasa sendiri. Setiap boat maksimun empat orang je. Akan ada dua pendayung depan dan belakang. So, kalau ada yang nak mencuba mendayung minta je kat orang tu. Tapi sungai tu bau busuk dan agak kotor. Aku rasa since tempat tu memang jadi tempat tarikan pelancong maybe boleh cuba untuk bersihkan sikit. Naik sampan tu sampai ke tempat pembuatan gula gula kelapa. Oh ya, pesanan if nak bagi tips, dekat sini diorang minta terus RM5 tau. So depends la nak bagi atau tidak.






Merasa la pengalaman naik bot sambil pakai topi macam tudung saji!


So, bila sampai dekat tempat pembuatan gula gula kelapa ni dah semerbak bau manis dia. Dekat sini tour guide korang akan ceritakan cara pembuatan dia dan korang boleh rasa juga gula gula tu. Kalau dah rasa dan nak beli boleh, silakan. Macam macam perisa ada. Aku ada rasa perisa kacang and for me not bad huh. Oh, nak beli extra virgin coconut oil pun ada jual. Bagus untuk rambut tau minyak kelapa ni.






Okay, di sinilah tamatnya tour Mekong Delta kami. Boat akan ambil kami dari sini dan balik ke seberang sana. Atas boat pula diberi seorang satu biji kelapa fresh sebagai penyegar badan. Memang manis air kelapa dia. Sampai je naik kereta dan menuju ke satu restoran halal yang diberi nama Kedai Makanan Mohamad Aminie. Disini kami dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk. Peringatan nak datang sini kena book sebab kedai ini hanya buka untuk orang yang book sahaja. Kalau cuti sekolah memang ramai katanya. Owner dia boleh berbahasa melayu sebab pernah duduk Malaysia lama.



Boat akan datang ambil disini untuk bawa kami ke seberang sana


Okay, untuk Chu Chi Tunnel aku buat another entri since nanti panjang sangat orang malas nak baca kan. So, tamatlah half day tour untuk Mekong Delta. Naik kereta tidur lagi. Kihkihkih.